Friday, 24 May 2013

Bahasa Melayu : Kata Banyak Makna (Kata Berimbuhan)

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA KATA BERIMBUHAN
Kata
Makna
Ayat Contoh
bercampur
a)     Berkawan
b)    Sebati
a)     Emak mengingatkan abang supaya tidak
bercampur dengan budak-budak nakal.
b)    Minyak tidak akan bercampur dengan air walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang
sama.
berdamping
a)     Berada dekat,
berhampiran
b)    Bergaul, berkawan
a)     Adik sentiasa berdamping dengan ayah
ketika makan malam.
b)    Linda suka berdamping dengan kawan- kawan yang baik sahaja.
berdaya
a)     Bertenaga, berupaya
b)    Berakal
a)     Walaupun berlari sejauh 10 kilometer,
Raman masih berdaya untuk berenang.
b)    Budak itu kecil tetapi berdaya menyelesaikan soalan matematik yang sudah itu.
berdepan
a)     Bertemu muka, bersua
b)    Beradu, berlawan
a)     Penjenayah itu tidak berkata apa-apa ketika
berdepan dengan anggota polis.
b)    Mike Tayson akan berdepan dengan lawannya yang lebih hebat dalam permainan tinju.
bergaul
a)     Bercampur, bersahabat
b)    Telah diuli
a)     Jamaliah melarang anaknya bergaul
dengan budak-budak yang nakal.
b)    Tepung itu telah bergaul dengan serbuk

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...