Friday, 24 May 2013

Bahasa Melayu : Kata Banyak Makna (Kata Dasar)

PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA KATA DASAR
Kata
Makna
Ayat Contoh
Alamat
a)  Tanda
b)  Tempat tinggal
a)  Awan mendung alamat akan hujan.
b)  Posmen menghantar surat berdasarkan
alamat pada sampul surat.
Ambang
a)  Waktu sebelum sesuatu
kejadian
b)  Kayu palang antara dua tiang (pada jendela atau
pintu)
a)     Setiap tahun bulan Disember berada di
ambang tahun baru.
b)    Layang-layang adik tersangkut pada ambang
pintu.
Baharu
a)  Tidak ada sebelumnya
b)  Moden
c)   Segar
d)  Sekejap, sebentar
a)  Bangunan pencakar langit itu baharu dibina
b)  Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c)   Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d)  Adik baharu balik dari sekolah.
Baik
a)  Berfaedah, bagus ,elok
b)  Sembuh, pulih
c)   Sesuai
d)  Sangat rapat
e)   Tidak jahat
a)  Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b)  Kecederaan kaki adik telah baik.
c)   Kasut itu baik untuk adik.
d)  Hubungan persahabatan Apin dan Bakar sangat baik.
e)   Tabiat abang yang baik itu disukai ayah.
Bangkit
a)  Jaga daripada tidur
b)  Hidup kembali
c)   Naik(adunan)
d)  Terbit
e)   Sedar untuk bergerak
f)   Berdiri daripda duduk
a)  Adik bangkit pukul 5.00 pagi
b)  Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit
dari kubur
c)   Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar
d)  Akibat diusik,kemarahan Alif mula bangkit
e)   Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan,anaknya bangkit untuk membela keluarga
f)   Alice lee bangkit dari kerusi untuk menjawab pertayaan gurunya.
Bantai
a)  Sembelih
b)  Pukul
c)   Makan
a)  Lima ekor lembu dibantai pada hari raya
korban
b)  Peragut itu dibantai oleh orang ramai
c)   Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan, tetamu mula membantai
Belenggu
a)  Gari,alat untuk memgikat
b)  Kongkongan
a)  Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana
mencuri
b)  Negara di bawah belenggu penjajah sukar untuk membuat apa-apa keputusan

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...