PANTUN BUAT WARGA EMAS
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.
Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.
Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.
Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.
Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.
Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.
Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.
Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.
Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.
Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.
Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.
Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.
skip to main
|
skip to sidebar
"Belajar tanpa berfikif tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat berbahaya"
Friday, 24 May 2013
Profil Saya
- Cikgu Karthi
- Sungai Siput, Perak, Malaysia
- “Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
Label
- Bahasa Melayu ( 3 )
- Lirik Lagu Patriotik ( 6 )
- Mutiara Kata ( 2 )
- Pantun ( 8 )
- Sains ( 2 )
- Sivik dan kewarnegaraan ( 2 )
Blog Archive
Popular Posts
-
CHAPTER 1 : RESPIRATION ( RESPIRASI ) 1.1 - The Human Breathing Mechanism ( Mekanisma Pernafasan Manusia...
-
CHAPTER 3 : EXCRETION ( PERKUMUHAN ) 3.1 – Human excretion ( Perkumuhan manusia ) * Perkumuhan...
-
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kit...
-
Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A: Soa...
-
Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A...
-
PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi....
-
PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menja...
-
Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua
-
Sejahtera Malaysia Puji dan syukur pada Ilahi Anugerahnya tiada terhingga Kedamaian kemakmuran Malaysiaku bahagia Dengan teka...
-
PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bu...
Total Pageviews
Pages
Powered by Blogger.
Mutiara Kata
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
Blogger news
Blog ini diwujudkan bagi membantu pelajar bagi mendapatkan maklumat yang berguna.
0 comments :
Post a Comment