Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak
Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu:
Bahagian A : Soalan Objektif (30 Markah)
Bahagian B : Misi dan Visi Sekolah (10 Markah)
Bahagian C : Soalan Struktur (10 Markah)
Jawab semua soalan.
Bahagian A: Soalan Objektif – 30 Markah
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat
pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1
Bimbingan orang mahir dalam
sesuatu bidang seperti bidang muzik dan sukan merupakan contoh pendidikan
A secara formal. B secara
tidak formal.
C jarak jauh. D berterusan.
2
Pendidikan sepanjang hayat
amat penting dalam pembinaan
A kesejahteraan negara. B pembangunan
negara.
C modal insane yang berkualiti. D jati
diri.
3
Kemahiran ini perlu dikuasai
agar kita dapat memahami dan mengingati pelajaran dengan lebih efektif.
A Kemahiran membaca. B Kemahiran berfikir.
C Kemahiran ICT. D Kemahiran
pengurusan masa.
4
Universiti Putra Malaysia
menawarkan program pendidikan sepanjang hayat melalui
A Pusat Pendidikan Jarak Jauh. B Pusat
Pendidikan Luar.
C Institut Perkembangan Pendidikan. D Pusat
Pendidikan Berterusan.
5
Encik Dayalan telah
membahagikan masanya untuk bekerja, bersama keluarga dan berehat. Tindakan yang
dilakukan oleh beliau jelas menunjukkan
bahawa beliau mahir dalam
A memahami situasi keluarganya. B menjaga hati keluarga.
C mengurus masa. D menilai.
6
Kanak-kanak seharusnya
didedahkan dengan pelbagai _________________sejak dari kecil.
A situasi B kemahiran
C pembelajaran D keadaan
7
Apakah kelebihan orang yang
pandai menguruskan masa?
A Semasa memperoleh kejayaan dalam
hidupnya.
B Dapat melakukan banyak perkara daripada
orang lain.
C Dapat menjalankan aktiviti kehidupannya
dengan tenang dan terkawal.
D Tidak memerlukan bantuan orang lain dalam
melakukan sesuatu perkara.
8
Kita perlu berfikir dan
bertindak secara rasional terhadap sesuatu perkara. Sekiranya seorang murid menghadapi
masalah, tindakan rasional yang manakah
perlu dilakukan?
A Pendam dalam hati. B Cari jalan penyelesaian
sendiri.
C Berbincang dengan guru dan ibu bapa. D Cuba sedaya upaya melupakan masalah
tersebut.
9
Apakah kaitan antara
pendidikan sepanjang hayat dengan pembangunan negara?
A Amalan pembelajaran sepanjang hayat
membantu membangunkan sesebuah negara.
B Negara yang maju memerlukan rakyat yang
berkemampuan untuk belajar dan berpendidikan tinggi.
C Negara akan lebih maju dengan adanya
pelbagai sumbangan idea dan kemahiran baru oleh masyarakat
yang berilmu.
D Pembangunan negara akan menjadi lebih
pesat apabila ramai individu meneruskan pengajian dalam sesuatu
bidang.
10
Mengapakah pendidikan
sepanjang hayat dikatakan dapat membentuk individu yang cemerlang?
A Memupuk kesejahteraan hidup dan
meningkatkan kuasa individu.
B Mendidik diri kita sepanjang masa dan menjadikan
kita sebagai individu yang berpengaruh serta dikenali
dalam masyarakat.
C Pendidikan yang berterusan menjamin
kekayaan pada masa hadapan dan menjadikan kita sebagai individu
yang serba boleh.
D Individu yang sentiasa berusaha mencari
ilmu dapat melengkapkan diri dengan kemahiran baru dan
pengetahuan terkini serta membentuk
keperibadian yang baik.
11
Mengapakah memilih bidang yang
sesuai dan diminati sebagai bidang kerjaya adalah penting bagi setiap
individu?
A Dapat terus mengasah bakat dalam bidang
tersebut.
B Dapat memberi komitmen yang tinggi dan
sumbangan yang besar untuk pembangunan negara.
C Tidak ada orang lain yang dapat
menandingi kehebatannya dalam bidang tersebut.
D Dapat mencapai kepuasan diri sendiri
dalam melaksanakan kerjaya tersebut.
12
Antara berikut, perkara yang
manakah harus dihindarkan dalam melengkapkan diri kita dengan ilmu
pengetahuan?
A Berusaha dengan lebih gigih lagi.
B Sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran.
C Bertenang dan berdoa untuk berjaya dalam
kehidupan.
D Berputus asa apabila tidak dapat
melaksanakan sesuatu perkara.
13
Apakah yang dimaksudkan dengan
pembelajaran kendiri?
A Kemampuan
untuk menguasai bidang yang diceburi.
B Kebolehan membuat kesimpulan sendiri
terhadap sesuatu isu dan permasalahan.
C Kebolehan untuk meneruskan pembelajaran
walaupun terdapat pelbagai halangan.
D Keinginan diri untuk mengembangkan minda
ingin tahu dan dahaga akan ilmu.
14
Apakah yang dimaksudkan dengan
masyarakat?
A Kumpulan yang dapat bertindak dengan
sendiri.
B Sekumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat.
C Golongan yang mampu mentafsir ilmu.
D Norma masyarakat.
15
Kebolehan memahami perasaan
orang lain atau berkongsi perasaan tersebut bermaksud
A menghargai nyawa. B empati.
C jati diri. D cinta
akan keamanan.
16
________________ bermaksud
tindakan berasaskan kepada pemikiran yang rasional.
A Empati B Perikemanusiaan
C Kemanusiaan D Norma
masyarakat
17
Nilai cinta akan negara
bermaksud
A perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
B kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan
kepada raja dan negara.
C kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
D hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian.
18
Sambutan bersama golongan yang
kurang bernasib baik dapat memupuk ________yang harus dimiliki oleh
manusia yang berperikemanusiaan.
A norma B nilai-nilai
murni
C simpati D empati
19
Perubahan iklim secara
mendadak dan pencairan ais di kutub utara merupakan antara isu kemanusiaan yang
berkaitan dengan
A alam sekitar. B politik.
C jenayah. D jangkitan
penyakit.
20
Institut _________adalah asas
pembentukan masyarakat harmoni.
A pendidikan B kekeluargaan
C swasta D kerajaan
21
Antara berikut, yang manakah
merupakan golongan ahli masyarakat yang harus sentiasa kita bantu?
A Berpendapatan rendah. B Mempunyai
penyakit yang agak serius.
C Kurang berupaya dan tidak bernasib baik. D Ramai bilangan ahli
keluarganya.
22
Aktiviti yang dilakukan oleh
kumpulan remaja di atas menunjukkan mereka
A tidak menyayangi nyawa. B melakukan
kegiatan yang positif.
C cekap mengendalikan motosikal. D adalah
kumpulan remaja yang membuat keputusan
bijak.
23
Antara berikut, yang manakah
berkaitan dengan individu yang menghargai nyawa?
A Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu
sama lain.
B Anson selalu membiarkan orang lain
menindasnya tanpa melakukan apa-apa.
C Jamaluddin cepat marah dan tegas jika
berlaku perbezaan pendapat dengan rakannya.
D Ismail selalu menunjukkan perasaan untuk
mendapatkan keadilan.
24
Antara berikut, yang manakah
boleh mengancam nyawa manusia?
A Keruntuhan akhlak dan moral ahli
masyarakat.
B Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai
mata wang.
C Pertambahan kemasukan warga asing ke
dalam negara.
D Penyakit-penyakit kritikal seperti Aids
dan Selsema Burung.
25
Bagaimanakah cara untuk
menjaga maruah negara?
A Meninggikan diri agar dihormati dan
disegani oleh orang lain.
B Sentiasa cuba untuk menyumbang sesuatu untuk
pembangunan negara.
C Membangkang pembaharuan yang dilakukan
untuk negara.
D Menjaga diri dan tidak bergaul dengan
kaum lain.
26
Sebagai seorang remaja, apakah
perkara yang dapat dilakukan untuk memelihara maruah dan nama negara?
A Elakkan diri daripada terlibat dengan
gejala sosial seperti penggunaan dadah.
B Bekerja sambilan selepas waktu
persekolahan untuk menambahkan pendapatan.
C Menyebarkan maklumat penting negara
melalui internet kepada rakan di luar negara.
D Belajar bersungguh-sungguh untuk
menyambung pengajian di luar negara dan menyertai gerakan anti
kerajaan.
27
Ibu bapa yang cemerlang dapat
melahirkan anak-anak yang
A stabil. B cemerlang.
C ego. D sensitive.
28
Apakah perkara-perkara yang
harus diberi perhatian oleh ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak?
A Pilih kasih terhadap anak-anak.
B Memahami keperluan dan kehendak anak-anak.
C Mengongkong kebebasan anak-anak.
D Bersikap autokratik dalam mendidik
anak-anak.
29
Apakah akta yang berkaitan
dengan upacara perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara atau Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar negara?
A Akta Undang-undang Perkahwinan dan
Perceraian 1966.
B Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
C Akta Perkahwinan dan Perceraian 1986.
D Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1996.
30
Restu ibu bapa perlu diperoleh
sebelum dilangsungkan perkahwinan supaya
A wujudnya
persefahaman antara golongan ibu bapa dengan bakal menantu.
B pasangan boleh meminta bantuan daripada
mereka sekiranya dalam keadaan terdesak.
C ibu
bapa tahu siapa yang patut dipersalahkan jika berlaku perkara yang tidak
diingini.
D anak dan bakal menantu dapat hidup dalam
keadaan bahagia.
Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah- 10 markah.
1
Nyatakan misi sekolah secara
terperinci
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(
5 markah)
2 Nyatakan visi sekolah secara
terperinci
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(
5 markah)
Bahagian C: Soalan Struktur- 10 markah
3
Apakah kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mengikuti pendidikan sepanjang hayat?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(
5 markah)
4 Bagaimanakan cara membina sebuah
keluarga yang cemerlang?
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 5 markah)
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN TINGKATAN LIMA
PEPERIKSAAN PERTAMA 2009
SOALAN OBJEKTIF – 30 MARKAH
- B 16. B
- C 17. A
- A 18. B
- B 19. A
- C 20. B
- B 21. C
- C 22. A
- C 23. A
- C 24. D
- D 25. B
- B 26. A
- D 27. B
- D 28. B
- B 29. B
- B 30. A
BAHAGIAN B: MISI DAN VISI SEKOLAH
1
MBSSKL
bertekad menjadi sebuah sekolah yang terkehadapan mencapai pendidikan bertaraf
dunia menjelang 2020. ( 5 markah)
2
MBSSKL
beriltizam menjadi pemangkin kecemerlangan keilmuan dan pembentuk insan yang
jujur, bersopan dan berkeperibadian nasional ( 5 markah)
BAHAGIAN C: SOALAN STRUKTUR.
3
disiplin
diri, kemahiran pengurusan masa, kemahiran berfikir, kemahiran membaca,
kemahiran penggunaan ICT. (pilih 5 sahaja)
4
Mempunyai
ekonomi yang stabil dan mantap dalam keluarga, berkongsi suka dan duka bersama
anggota keluarga, berkomunikasi secara berkesan bersama anggota keluarga, makan
dan beriadah bersama anggota keluarga, saling menyayangi, menghormati dan
bekerjasama antara anggota keluarga, memberi didikan agama dan nilai-nilai
murni kepada anggota keluarga. (pilih 5 sahaja)
1 comments :
Casino & Poker Review: Unbiased Look at Casino - DRMCD
There 동해 출장안마 are so many casino brands and 부산광역 출장마사지 brands that are not part of the popular games portfolio 성남 출장안마 that you can find 목포 출장마사지 online. Casino.com has an 군산 출장마사지
Post a Comment