Friday 24 May 2013

Sains : Perkumuhan

CHAPTER 3 : EXCRETION
                        ( PERKUMUHAN )

3.1 – Human excretion
        ( Perkumuhan manusia ) 

* Perkumuhan ialah proses di mana organ-organ perkumuhan menyingkirkan bahan buangan ( bahan toksik )  dari badan

The human excretory organs
( Organ perkumuhan manusia ) 

 
                
   


Organ perkumuhan
Hasil perkumuhan

Cara perkumuhan
Ginjal
Air, garam mineral dan urea

Mengeluarkan air kencing

Kulit
Air, garam mineral dan urea

Berpeluh
Peparu
Karbon dioksida dan wap air

Hembusan nafas
Kepentingan perkumuhan

1.       Penyingkiran urea dapat menghalang kita dari jatuh sakit.
2.       Penyingkiran garam mineral yang berlebihan dapat mengekalkan kandungan garam dalam badan.
3.       Penyingkiran air yang berlebihan dapat mengawal suhu badan.
4.       Penyingkiran karbon dioksida dapat mengawal pH atau keasidan darah.




3.2 – Human urinary system
        ( Sistem urinari manusia )


Sistem urinari 

* Sistem urinari ialah sistem badan yang menyingkirkan bahan buangan dari badan dalam bentuk  air kencing .



                                                                      Sistem urinari                                   Ginjal


Bahagian sistem urinari

Fungsi
Ginjal
Menapis darah dan menyingkirkan urea, garam mineral dan air yang berlebihan dalam bentuk air kencing 

Ureter
Menyalurkan air kencing dari ginjal ke pundi kencing

Pundi kencing
Menyimpan air kencing untuk sementara waktu sebelum dikumuhkan keluar dari badan

Uretra
Menyalurkan air kencing keluar dari badan



Laluan air kencing dalam sistem urinari manusia 

Ginjalà ureter à pundi kencing à uretra


Struktur ginjal

1.       Ginjal manusia berbentuk kacang dan berwarna perang kemerah-merahan
2.       Ginjal terletak di sebelah kiri dan kanan tulang belakang dalam rongga abdomen.
3.       Ginjal terdiri daripada 3 lapisan iaitu
a)       Korteks
b)       Medula
c)       Pelvis

Bahagian ginjal

Ciri-ciri
Korteks

Terdapat banyak kapilari darah
Medula

Terdapat berjuta-juta tubul halus
Pelvis

Bahagian yang mengumpul air kencing


Fungsi ginjal

1.       Ginjal menapis darah dan menyingkirkan urea, garam mineral dan air yang berlebihan dalam bentuk air kencing.
2.       Ginjal mengawalatur dan mengekalkan keseimbangan kandungan air dalam badan.
3.       Ginjal memastikan tekanan darah pada aras normal.


Kegagalan ginjal

1.       Kegagalan ginjal berlaku apabila ginjal tidak berfungsi dengan sempurna.
2.       Kegagalan ginjal boleh disebabkan oleh :
a)       Kecederaan fizikal pada ginjal
b)       Jangkitan mikroorganisma pada ginjal
c)       Diabetes
d)       Keracunan plumbum
3.       Seseorang yang mempunyai satu ginjal masih dapat hidup dengan normal.
4.       Jika kedua-dua ginjal gagal berfungsi, seseorang perlu bergantung kepada mesin dialisis untuk menyingkirkan bahan buangan dari darah.



 

Mesin dialisis


Dialisis

1.       Satu salur dimasukkan ke dalam arteri pada lengan pesakit.
2.       Darah pesakit dipamkan ke dalam mesin dialisis yang mengandungi rangkaian salur membran separa telap.
3.       Salur  membran separuh telap ini terendam di dalam cecair dialisis ( larutan garam ).
4.       Bahan buangan iaitu urea dan garam mineral yang berlebihan akan meresap keluar dari darah ke dalam cecair  dialisis ( larutan garam) melalui liang-liang pada membran separuh telap.
5.       Darah yang sudah dituras akan dikembalikan ke dalam sistem peredaran darah  melalui vena.
6.       Pesakit perlu menggunakan mesin dialisis 3 atau 4 kali seminggu, selama beberapa jam.


3.3 – Excretion in plants
        ( Perkumuhan dalam tumbuhan )

1.       Hasil-hasil perkumuhan dalam tumbuhan diangkut dan disimpan di dalam bunga, kulit pokok, daun atau buah. Apabila bahagian pokok ini mati dan gugur, hasil perkumuhan  disingkirkan bersama-samanya.
2.       Tumbuhan juga menyingkirkan  karbon dioksida, air, oksigen, garam mineral dan bahan-bahan buangan bernitrogen.
3.       Sesetengah hasil perkumuhan adalah berguna dan sesetengahnya memudaratkan kepada manusia.

Tumbuhan
Hasil perkumuhan

Pokok getah  ( batang )
Lateks

Pokok teh ( daun )
Tanin

Pokok akasia ( batang )
Gam

Pokok kina ( kulit )
Kuinina

Pokok eukaliptus
Minyak angin

Pokok kasuarina ( batang )
Resin

Pokok kelapa sawit  ( buah )
Minyak


























9 comments :

Unknown said...

Hi teacher I'm from series perkasa school teachers note solo use full to me tq

Thivisima said...

tq teacher

Unknown said...

Thanks for notes ...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
danusha said...

thank u sir this notes is help for exam

Ghayathri ramesh said...

Notes so helpful😍😍😍

Anonymous said...

Tq so much... ♡

Unknown said...

tq teacher

Unknown said...

Tq so much

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...